EssaysForStudent.com - Free Essays, Term Papers & Book Notes
Search

Orang Asli Dan Pantang Larang

Page 1 of 6

PENGENALAN

Mengikut Akta 134 - Akta Orang Asli 1954 (Disemak tahun 1974), orang Asli merujuk kepada individu seperti ibu-bapanya Orang Asli, ibunya Orang Asli, bapanya Orang Asli dan individu yang dipelihara sebagai anak angkat oleh Orang Asli semenjak kecil, di samping individu-individu berkenaan masih mengamalkan cara hidup, kepercayaan, adat istiadat dan berbahasa Orang Asli.

Berdasarkan kajian oleh Penolong Pengarah Ukhuwah 1, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Mustapa Jaafar, Orang Asli dipercayai berasal dari utara Asia (Yunan dan Indocina). Penghijrahan ke negara ini berlaku secara berperingkat di Negrito, 25,000 tahun lampau, Senoi, 5,000 tahun lampau dan Melayu Proto, 4,000 tahun lampau.

Banci Penduduk Orang Asli tahun 2000 mencatatkan jumlah keseluruhan mereka seramai 138,882 dengan pecahan Negrito - 4,150 orang, Senoi - 72,871 orang dan Melayu Proto - 55,860 orang.

Mereka merupakan masyarakat yang tidak homogenous dan berasaskan dialek bahasa dan ciri-ciri fizikal, mereka boleh dibahagikan kepada tiga kaum iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Orang Asli merupakan istilah yang digunakan ke atas sekumpulan masyarakat pribumi di Semenanjung Malaysia, yang dikenali dengan panggilan lain seperti Sakai, Pagan dan Orang Darat.

KAUM ORANG ASLI

Setiap kaum boleh dipecahkan kepada enam suku kaum Negrito iaitu Kintak, Kensiu, Jahai, Mendrik, Batek dan Lanoh. Manakala Senoi terdiri daripada suku Temiar, Semai, Che Wong, Jah Het, Semaq Beri dan Mah Beri. Melayu Proto pula terdiri daripada suku kaum Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanak, Orang Seletar dan Orang Kuala.

Penempatan Masyarakat Orang Asli terdapat di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia, kecuali Pulau Pinang dan Perlis. Penempatan mereka tertumpu di kawasan pedalaman, iaitu 45.6 peratus daripada 840 buah perkampungan di seluruh negara, manakala 53.3% tinggal di pinggir bandar dan 1.1% di bandar.

KEPERCAYAAN MASYARAKAT ORANG ASLI

Sebahagian besar Orang Asli mengamalkan kepercayaan animisma dan selebihnya menganut pelbagai agama, iaitu Islam 22,428 orang (16.9%), Kristian (9,765 orang-7.3%), Hindu (383 orang - 0.3%), Buddha/Confusious (254 orang -0.19%), lain-lain Agama Cina (268 orang-0.2%), Animisma (71,098 orang - 53.5%), Lain-lain (4,051 orang - 3.0%), Tiada Agama ( 23,272 orang-17.5%) dan tidak diketahui (339 orang -0.3%).

Orang Asli juga mempunyai adat dan kepercayaannya tersendiri dan sebahagian besar mereka mengikuti sistem kepercayaan kepada 'roh' atau animisma. Bagi masyarakat Orang Asli, sistem kepercayaan yang ada dalam masyarakat merupakan satu alat untuk mengawal masyarakat dan menghukumnya.

Bangsa Jakun (Orang Ulu), daripada suku kaum Melayu Asli (Melayu Proto) yang tinggal di selatan Semenanjung, berasal dari Yunan (Selatan Cina). Mereka masih mengamalkan animisme. Kehidupan mereka dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya. Mereka percaya kampung mereka akan dilanda bencana sekiranya ada di antara mereka yang melanggar pantang larang.

Pemilihan penempatan Suku Bangsa Temiar di sesuatu tempat ditentukan oleh Penghulu. Ini dilakukan dengan cara 'Berhalaq' (jampi) atau mimpi. Tempat yang hendak didiami jauh dari tanah perkuburan, bebas daripada adanya kayu keras seperti 'merbau' dan sebagainya. Mereka juga tidak membuat penempatan di kawasan berpaya (takungan air) kerana ditakuti berpenunggu. Begitu juga kawasan air terjun dan sungai besar juga tidak sesuai kerana ditakuti ada puteri sungai/lata yang akan mengganggu.

Suku bangsa Jahai pula merupakan satu daripada Suku Kaum Negrito iaitu suku kaum yang terkecil berbanding dengan kaum Senoi dan Proto-Malay (Melayu Asli). Mereka tinggal di Perak, terutama di kawasan Hulu Perak iaitu Banun, Sungai Tiang dan Persisiran Empangan Temenggor. Di Kelantan pula, mereka bertumpu di Sungai Rual dan Jeli di Hulu Kelantan. Kebanyakannya tinggal di kuala sungai dan persisiran tasik. Rumah mereka berbentuk pisang sesikat yang dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus. Suku bangsa Jahai suka membuat rumah yang ringkas kerana mereka mengamalkan cara hidup berpindah-randah. Mereka berpindah dari satu tempat ke satu tempat apabila berlaku kematian, penyakit ganjil, perbalahan kecil, kerana keperluan makanan dan pertambahan penduduk.

PANTANG LARANG KEPADA PENGUNJUNG

Selain pantang larang ini diamalkan oleh kaum orang Asli, para pengunjung atau tetamu yang berkunjung ke rumah Orang Asli, hendaklah menghormati adat-adat dan kepercayaan mereka seperti tidak boleh naik sebelum dipelawa dan dilarang mengunjungi atau memanggil

Citates Generator

(2010, 02). Orang Asli Dan Pantang Larang. EssaysForStudent.com. Retrieved 02, 2010, from http://www.essaysforstudent.com/History-Other/Orang-Asli-Dan-Pantang-Larang/56808.html

"Orang Asli Dan Pantang Larang" EssaysForStudent.com. 02 2010. 2010. 02 2010 <http://www.essaysforstudent.com/History-Other/Orang-Asli-Dan-Pantang-Larang/56808.html>.

"Orang Asli Dan Pantang Larang." EssaysForStudent.com. EssaysForStudent.com, 02 2010. Web. 02 2010. <http://www.essaysforstudent.com/History-Other/Orang-Asli-Dan-Pantang-Larang/56808.html>.

"Orang Asli Dan Pantang Larang." EssaysForStudent.com. 02, 2010. Accessed 02, 2010. http://www.essaysforstudent.com/History-Other/Orang-Asli-Dan-Pantang-Larang/56808.html.